Bersihnya Jihad Di Pattani Dari Noda Syirik

~

Versi: Bahasa Melayu
No Rujukan: 0119051429 - MSM
Tarikh: 19 Jamadil Awwal 1429 Hijriah

Bismillahirrahmanirrahim

KENYATAAN MEDIA RASMI
Majlis Asy-syura Al-Mujahidin
Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara
Kepada: Seluruh kaum Muslimin
Assalamualaikum,

Perkara: Penegasan Tentang Bersihnya Panji-Panji Jihad Fi Sabilillah di Pattani Darussalam Daripada Sebarang Noda Syirik, Insyaallah.

Segala puji bagi Allah yang mengirimkan badai kematian kepada Musyrikin dan Murtadin dengan menghantar Mujahidin sebagai pembela dien ini dan shalawat dan salam atas Pesuruh Allah, Nabi Muhammad Sallallahualaihi Wasallam.

Amma Ba'du,

Terdapat beberapa pihak daripada kaum Muslimin yang masih meragui akan bersihnya Jihad Fi Sabilillah di Pattani Darussalam daripada syirik nasionalisma dan lainnya. Di sini, dengan izin Allah, pihak Majlis Asy-Syura Al-Mujahidin, Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara menegaskan bahawa Jihad Fi Sabilillah di Pattani Darussalam benar-benar bersih dan tidak bercampur dengan sebarang kekejian syirik atau kepentingan duniawi, insyaallah.

Berikut adalah beberapa perkara yang menjadi penguat kepada penegasan daripada kami:

Setelah melakukan beberapa sesi perbincangan dengan golongan ansar iaitu mujahidin asal Pattani Darussalam, mereka berulangkali menegaskan bahawa Jihad Fi Sabilillah yang tercetus di Pattani Darussalam kini benar-benar berbeza dengan kebangkitan yang pernah berlaku sebelumnya. Mereka menegaskan bahawa tujuan Jihad ini benar-benar Fi Sabilillah dan tidak bercampur dengan semangat kebangsaan dan keduniaan. Jika inilah pengakuan mereka, apakah kita layak membelah hati mereka untuk menyiasat lebih mendalam. Cukuplah qiam yang mereka lakukan setiap malam dengan membaca surah Al-Anfal dan At-Taubah yang mereka hafal membuat malu akan diri kita sendiri yang terus-menerus mensyaki mereka sebagai orang-orang yang dikotori kekejian syirik.

Mereka turut menegaskan bahawa jihad mereka tidak akan terhenti hanya jika Pattani Darussalam dapat dibebaskan daripada penyembah-penyembah berhala. Mereka menegaskan bahawa jihad ini akan terus berlangsung sehingga seluruh bumi ini tunduk kepada Allah. Jika benar keinginan mereka hanyalah atas dasar semangat kebangsaan, sudah tentu matlamat mereka hanyalah sekadar membebaskan Pattani Darussalam semata-mata. Justeru itu, janganlah meletakkan kesalahan kepada mereka. Letakkanlah kesalahan itu pada diri kita sendiri yang membiarkan darah mereka tertumpah dan maruah mereka dicabuli sedangkan kita terus larut dalam syahwat dunia tanpa membantu mereka.

Yang tidak kurang pentingnya juga, yang mereka impikan bukanlah sebuah Negara ketuanan melayu yang sekular dan ditadbir dengan formula demokrasi. Mereka cukup keras menafikan dakwaan bahawa yang mereka mahukan hanyalah sebuah negara seperti mana Brunei, Indonesia, Malaysia, Mesir atau Arab Saudi. Tidak hairanlah mereka tidak mahu sebarang perjanjian damai atau pemberian kuasa autonomi. Mereka juga tidak mahu sebarang bantuan daripada segi senjata mahupun wang daripada negara-negara yang pemimpinnya mengaku Muslim tetapi murtad daripada dien mereka. Yang mereka mahukan hanyalah satu antara dua perkara, menang atau syahid.

Sebagai manusia biasa, diakui mereka tidaklah benar-benar sempurna. Dan disitulah letaknya peranan kita untuk saling nasihat tentang kebenaran dan kesabaran.

Peribadi mereka persis dengan golongan ansar di Afghanistan ketika mujahidin-mujahidin arab mula berdatangan kepada mereka dahulu. Ada di kalangan mereka yang begitu teguh dengan dien. Ada juga yang pertengahan. Dan ada pula yang menzalimi diri mereka sendiri. Namun, percayalah, kedudukan mereka yang berjihad disisi Allah adalah lebih baik daripada golongan yang meninggalkan jihad dan kemudiannya memberikan seribu satu tohmahan dan sangkaan buruk terhadap mereka.

Dan orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di Jalan Allah dengan harta dan nyawa mereka, lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang menang. (Surah At-Taubah ayat 20)

Oleh itu, buka kan hati kita dan berikanlah pengorbanan kita untuk Islam. Golongan ansar di Pattani Darussalam begitu jujur dan begitu dahagakan kebenaran. Terlalu sering mereka meminta buku-buku dien untuk dibaca. Sering juga mereka bertanyakan tentang Islam dan berdiskusi tentangnya dengan ikhwan Muhajirin. Adalah lebih baik kita bersama dengan mereka dan membetulkan kesilapan mereka (jika ada) daripada kita meninggalkan mereka dan menghina mereka.

Malah, sepatutnya kita mencontohi sikap mereka yang begitu tegar menempuh peperangan yang sengit dan panjang untuk berdepan dengan kaum penyembah berhala (sama seperti musuh paling utama Nabi Salallahualaihi Wasallam sendiri). Malah Mujahidin Pattani Darussalam tetap teguh walaupun musuh mereka itu disokong oleh tangan-tangan Amerika daripada luar (sama seperti Ikhwan Mujahidin di Somalia yang bertempur dengan proksi Amerika, Ethopia).

Kesimpulannya, kami menyeru kaum Muslimin untuk bersangka baik dan menyokong Jihad Fi Sabilillah di Pattani Darussalam. Perbuatan segelintir daripada mereka atau segolongan daripada mereka tidak boleh dijadikan dalil untuk menghukum keseluruhan mujahidin dan syuhada di Pattani Darussalam.

Sebagai contoh, Di era Nabi Muhammad Salallahualaihi Wasallam sendiri, bukan tidak ada manusia seperti Qazman, yang luarnya nampak muslim malah berperang bersama Nabi Salallahualaihi Wasallam. Tetapi jiwanya kekal dengan syirik nasionalisma, justeru tempatnya di neraka.

Sementelah, terdapat lebih daripada satu kumpulan mujahidin tempatan di sini. Justeru, jika pun terdapat satu golongan yang bertindak di luar batas-batas Islam, jangan terpengaruh sehingga iman pun lemah dan keinginan kita untuk bersama-sama berjihad dengan mereka juga turut terkubur. Berjihadlah bersama-sama dengan mereka, semoga Allah akan merahmati mereka dan kita insyaallah.

Dan kemenangan itu milik Allah seluruhnya.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Abu Abdillah
Muhajir dan Mujahid Pattani Darussalam
Merangkap Jeneral Thani, Tandzim Al-Qaeda Bahagian Asia Tenggara